Friday, April 24, 2009

Update....update

Mmmm.....lama dah sebenarnya blog nie terbengkalai....takde ilham nak buat camne. Tengok blog orang lain cantik-cantik semuanya. Blog aku jugak yang tersangatlah minimumnya....tapi kira orait jugalah at least bolehlah juga menghilangkan kebosanan di rumah ni....ni cuba nak cantikkan blog melalui tunjuk ajar http://www.blogbulk.com/ itupun kawan yang rekomenkan....thanks Helie...eh, kat www.finalsense.com pun cantik-cantik gak...

Thursday, April 23, 2009

Hospis Malaysia


Sebelum ni aku tak tau pun ada Hospis Malaysia ni. Jadi seperti biasa memang kita tak pernah nak ambil tau dengan sesuatu perkara yang rasanya tidak berkaitan dengan hidup kita. Sehinggalah suatu hari bila mak yang sakit telah diberikan surat rujukan ke Hospis Malaysia. Mulalah aku berfikir....apa Hospis ni? apa tujuan mak diberikan rujukan ke sana? setelah aku mendapat surat rujukan dan penerangan sedikit sebanyak dari Doktor mulalah aku mencari maklumat di Internet...
Oh, rupanya Hospis ni satu pertubuhan yang terdiri dari doktor, ahli farmasi, jururawat dan sukarelawan yang memberikan bantuan kepada pesakit yang akan menempuhi fasa terakhir dalam kehidupan mereka. Mereka cuba untuk mententeramkan pesakit dari segala segi dan objektifnya untuk membuatkan mereka kurang merasa sakit dan lebih selesa.....murni betul usaha mereka ni
Setelah mak mendapat surat rujukan, 2 hari kemudian, 2 orang jururawat telah datang melawat mak dan memeriksa keadaan kesihatan mak..........mereka bekalkan lagi ubat-ubatan dan mem beritahu jika perlukan apa-apa peralatan seperti katil hospital, kerusi roda dan macam-macam lagilah mereka boleh sediakan dengan percuma.......sampai macam tu sekali....
Seminggu kemudian, seorang doktor dengan seorang jururawat pula datang melawat mak, setelah memeriksa dan memberikan ubat, mereka menyuruhku ke pejabat mereka untuk mengambil commodes untuk kegunaan mak.
Esoknya, tanpa banyak soal dan birokrasi langsung mereka berikan commodes malahan siap bertanya apa lagi yang aku perlukan..............semua ini tanpa perlu membayar satu sen pun.....semuanya percuma.........naik segan pulak aku nak terima...