Monday, October 1, 2012

Lamanya................

Dah lama sangat tak buka Blog nie.....sampaikan dah lupa cara - cara nak buka blog..... teringin sebenarnya nak aktif berblog tapi kadang - kala tu tak tau apa yang nak dicakapkan. Tengok pada entry terakhir........dah lebih setahun setengah tak update......dalam tempoh masa tu dah macam - macam perkara terjadi. Dari suri rumah sepenuh masa sekarang dah bekerja......anak kesayangan pun dah bertambah besar. Tahun depan insya Allah akan masuk darjah 1. Kalau difikirkan cepat betul masa berlalu.......
Satu kelainan masa cuba nak berblog semula hari nie...........macam dah banyak perubahan dan bertambah senang sekarang....Wah, macam nie bolehlah aktif update blog......;)

Thursday, March 10, 2011

Penat






Dalam sebulan kebelakangan ini badan dah selalu sangat rasa penat. Banyak sangat yang nak difikirkan dan banyak sangat kerja yang nak dilakukan dalam satu2 masa membuatkan badan dan fikiran bertambah - tambahlah penat.
Nak buat 2 ke 3 kerja serentak dalam satu - satu masa memang menyesakkan fikiran dan memenatkan....pendek kata memang penatlah...
penat....penat...penat.....
Mana nak uruskan anak sekolah, kemas rumah, pekerja binaan yang tak masuk2 lagi nie, majikan yang nak pembantu rumah cepat, pembantu rumah yang macam - macam hal, kenduri kendara yang tak putus putus...............ditambah lagi dengan siapkan rumah yang dah bertahun terbengkalai nie mmg penatlah......
Ish.......cepatlah semua kerja - kerja nie selesai supaya dapatlah merehatkan minda, fikiran dan badan yang dah penat nie.....

Saturday, October 9, 2010

Ujian HSG




Rasa berdebar - debar sangat kerana esok nak kena buat ujian HSG nie....menurut pembacaan di internet rata- ratanya mengatakan bahawa ujian nie menimbulkan rasa yang sangat tak selesa malahan ada yang mengatakan bahawa ujian nie sakit sangat.. bertambahlah berdebar - debar dihati....takut sangat pulak rasanya saat ini...
Takut atau tidak tetap juga akan pergi untuk menjalani ujian tersebut kerana manfaatnya lebih besar dari kesakitan yang mungkin akan dialami....
Bagi yang belum tahu apa itu ujian HSG :

Apa itu HSG?
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG
1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks(pangkal rahim)
3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.

Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

Komplikasi HSG
Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:

* Pendarahan faraj
* Luka pada serviks
* Pengsan
* Jangkitan kuman pada rahim
* Alahan terhadap dye
* Keputusan

Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Keputusan yang tidak normal menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal.

Selepas HSG
Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.

Petikan diatas mengikut pembacaan di Portal Kehamilan Malaysia.....
Pengalaman yang akan saya lalui sendiri akan saya kongsi bersama secepat mungkin....
semoga semuanya okey & selamat....amin.....

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa





Selamat menjalani ibadah puasa. Marilah kita memakmurkan bulan ini dengan memperbanyakkan amalan dan ibadah kepada Allah SWT.
Semoga amalan kita diterima oleh Nya dan semoga Ramadhan kali ini yang terbaik dari yang sebelumnya.......

Wednesday, February 10, 2010

Jeffry dah pergi sekolah




Tak sangka sungguh anak kesayangan aku Muhammad Jeffry Danish dah masuk sekolah. Macam baru semalam lahirkan dia sekarang dah pergi hantar dia ke sekolah pagi2. Walaupun umur baru 3 tahun tapi mamanya dah excited nak dia sekolah. Sanggup pagi2 nak hantar anak demi nak tengok anak kesayangan pandai membaca, menulis dan mengira.
Sekolah bukan jauh sangat pun dari rumah. Kalau jalan kaki pun tak sampai 10 minit. Tapi semenjak Jeffry dah sekolah ni hidup mamanya pun dah lebih berdisiplin. Kalau dulu lepas solat subuh boleh sambung tido tapi sekarang dah kena siap2kan anak ke sekolah. Hantar anak ke sekolahpun berdua ngan suami. Lepas hantar Jeffry boleh lepak minum dulu kat kedai berhampiran dan beli ikan dan sayur. Jeffry balik 11.30 pagi. Time tue semua kerja rumah termasuk mengemas, mencuci dan memasak pun dah siap tinggal nak jemput anak balik je.
Sebelah tengahari lepas zohor dah boleh buat kerja2 yang tertangguh.....banyak masa sebenarnya yang penting kita tahu nak bahagikan masa dengan bijak.
Mama doakan dan berharap Jeffry jadi anak yang bijak dan bahagia hidup didunia sampai akhirat.

Sunday, September 20, 2009

Balik Kampung


Cepat betul masa berlalu, sebulan Ramadhan telah ditempuhi dan Syawal pun telah menjelang tiba kini tiba masanya untuk aku pulang kampung ke Surabaya.....


Suami tersayang telah terlebih dahulu pulang ke kampungnya kerana ingin menikmati suasana berpuasa dan bersolat hari raya di kampung sendiri sedangkan aku ingin menziarahi pusara mak tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah pada 30 April yang lalu...jadi, untuk memuaskan hati kedua belah pihak jadi kami suami isteri berhari raya secara berjauhan tp..............insya Allah pada hari raya kedua aku akan dapat meraikannya bersama...........


Esok, 21/09 aku akan menaiki pesawat Airasia ke Surabaya pada pukul 4 petang bersama anak tersayang, Jeffry dan adikku Zai....suamiku akan menunggu di Juanda Airport bersama kereta barunya Honda Stream......mmmm...patutlah nak balik cepat, dia nak beli keta baru rupanya....hehehe....


Aku akan berada di Indonesia hingga 15/10 dan mungkin blog ini tidak akan diupdate sehingga aku kembali ke Malaysia............Selamat tinggal rakan-rakanku tersayang....insya Allah kita akan berjumpa lagi bulan depan.............


Thursday, September 17, 2009

Happy Birthday


Happy Birthday to me..........


Terima Kasih ya Allah atas kurniaanmu ini........umur yang panjang, kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, anak yang sihat, suami yang memahami dan keluarga yang bahagia.........



Semoga kebahagiaan ini berkekalan...........syukur Alhamdulillah........;-)