Sunday, May 3, 2009

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

Khamis, 30 April 2009 pukul 3 petang tak mungkin akan aku lupakan seumur hidupku....detik-detik yang sangat menyedihkan bilamana aku kehilangan mak yang sangat kusayang. Akhirnya, saat yang amat aku takuti datang jua........Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.....dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan kembali.....
Walau aku sudah bersedia tapi perasaan sedih sangat menguasai diri ini. Terasa betapa singkatnya masa aku bersama mak, aku masih belum puas mendapatkan kasih sayang darinya. Aku juga belum puas menabur bakti dan cuba membalas budi dan pengorbanan mak selama ini.
Tetapi bila memikirkan sakit dan penderitaan yang mak tanggung, aku redha dengan ketentuan Ilahi sekurang-kurangnya aku telah cuba menjaga mak sebaik mungkin dan akhirnya impian mak untuk meninggal dipangkuanku tertunai.
Mak dikuburkan berdekatan dengan kubur nenek kesayanganku............di malam Jumaat, mak kembali kepada Yang Maha Pencipta...
Mak...bersemadilah disana dengan aman...anakmu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu...walau jasadmu tiada, kenanganmu akan kusimpan sepanjang hayat.
Mak.....semoga Allah menerima semua amal ibadah dan mengampunkan segala dosa-dosamu.....dan semoga suatu saat nanti aku akan dapat lagi memeluk dirimu...........walau dialam yang lain....
Al-fatihah